Terma & Syarat

Terma & Syarat

Caj Penghantaran Kenderaan

  1. Percuma bagi kawasan Shah Alam Seksyen 1 – Seksyen 10 sahaja.
  2. Percuma bagi pelanggan yang turun di KTM Padang Jawa.
  3. Tiada caj dikenakan bagi pelanggan yang datang sendiri ambil kereta di Pejabat Pengurusan kami di Seksyen 7 Shah Alam.
  4. Caj penghantaran dikenakan bagi pelanggan-pelanggan di Stesen Bas Shah Alam Seksyen 17.
  5. Caj penghantaran dikenakan bagi pelanggan-pelanggan di KTM Shah Alam Seksyen 19.
  6. Caj penghantaran dikenakan bagi pelanggan-pelanggan di KTM Batu 3.
  7. Caj penghantaran akan dikenakan selain dari Seksyen 1 – Seksyen 10 mengikut jarak dari pejabat pengurusan.
  8. Penghantaran hanya disediakan bagi sewaan Tiga(3) Hari ke Atas sahaja(kecuali bagi kawasan berdekatan dengan Pejabat Pengurusan kami di Seksyen 7 Shah Alam seperti Shah Alam Seksyen 1 – Seksyen 10).
  9. Caj-caj yang terdapat di dalam caj penghantaran adalah upah runner, petrol, tol(jika ada) dan caj grab car 2 hala untuk runner drop off & pick up balik kereta di tempat yang diminta pelanggan.

Syarat-Syarat & Perjanjian Penyewa Kenderaan.

  1. Umur minima bagi pemandu adalah 21 Tahun
  2. Setiap pemandu wajib mempunyai Lesen Memandu Malaysia Kelas D Full yang sah dan Terkini.
  3. Pemandu Dilarang Sama Sekali Daripada Melakukan Sebarang Kegiatan Jenayah atau melanggar Undang-Undang Kerajaan Malaysia. Laporan Polis akan dibuat jika Ingkar.
  4. Sebarang Kerosakan atau Kecacatan yang terdapat pada sebarang bahagian dalaman dan luaran kenderaan yang disewa semasa di dalam tempoh sewaan akan dikenakan Caj RM50.00(minimum) – RM2,500.00(maksimum) kepada penyewa. Syarikat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada penyewa yang Ingkar dan laporan Polis akan dibuat.
  5. Penyewa tidak dibenarkan sama sekali Menukar atau Mengambil Sebarang Alat Ganti Kereta yang disewa. Laporan polis akan dibuat jika Ingkar.
  6. Sebarang Saman atau Kompaun Daripada Pihak Berkuasa adalah Tanggungjawab Pemandu sepanjang tempoh sewaaan berjalan.
  7. Syarikat Tidak Menyediakan Tempoh Sewaan Mengikut Jam dan Separuh Hari. Tempoh sewaan Minima adalah Satu(1) Hari.
  8. Waktu Pejabat 9.00am – 10.00pm. Sebarang urusan membabitkan pengambilan kereta dan penghantaran kereta hanya dilakukan pada waktu pejabat sahaja.
  9. Sebarang tempahan kereta perlu disertakan dengan Deposit RM100.00
  10. Syarikat hanya akan membuat ‘Reservation’ kereta setelah menerima Deposit sahaja
  11. Sebarang Pembatalan Tempahan akan menyebabkan Deposit anda hangus.
  12. Setiap Deposit yang diterima daripada pelanggan akan Dikembalikan dalam masa 4 hari bermula dari tarikh pemulangan kereta.
  13. Penghantaran kereta adalah percuma di sekitar Shah Alam Seksyen 1 – Shah Alam Seksyen 10 sahaja.
  14. Caj Penghantaran akan dikenakan selain dari Seksyen 1 – Seksyen 10 mengikut jarak dari pejabat pengurusan. Penghantaran ini hanya disediakan bagi sewaan Dua(2) hari ke Atas sahaja.
  15. Lain-lain terma dan syarat yang difikirkan perlu oleh pihak syarikat Tanpa Sebarang Notis.