6 Bengkel Terbaik & Murah Di Shah Alam


Senarai Bengkel Terbaik & Murah Di Shah Alam

Azbi Centre Shah Alam

Azbi Centre Shah Alam merupakan pakar dalam bidang aircond kereta tidak kira kereta berjenama tempatan, Jepun dan Continental. Terletak di Seksyen 22 Shah Alam berdekatan dengan Kilang Gula CSR. Kualiti kerja sangat bagus disamping harga yang berpatutan. Untuk makluman anda semua, mereka hanya menbuat servis berkaitan aircond sahaja tanpa ada servis berkaitan enjin, tayar dan lain-lain.

Boleh layari laman web mereka Azbi Centre untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat dan perkhidmatan yang disediakan.

Alamat: No 31 Jalan TP 7/7 Taman Perindustrian UEP, Bersebelahan Sekolah Teknik Shah Alam, seksyen 22, 40400 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-5103 4632

Azbi Centre Shah Alam

JA Auto Garage

JA Auto Garage merupakan salah satu bengkel pakar aircond di Shah Alam. Terletak di Seksyen 23 Shah Alam berdekatan dengan Azbi Centre Shah Alam. Berbeza dengan Azbi Centre Shah Alam, JA Auto Garage turut membuat kerja servis dan membaik pulih kenderaan. Namun begitu, mereka hanya menerima kereta buatan tempatan dan Jepun sahaja bagi kerja-kerja servis dan baik pulih kenderaan manakala mereka menerima semua jenis jenama kereta bagi kerja-kerja servis dan baik pulih aircond. Mereka juga mempunyai mesin yang diimport khas dari Italy bagi tujuan kerja-kerja servis dan baik pulih aircond.

Alamat: No. 51, Jalan TP 7/3, SIME UEP Industrial Park, Seksyen 23, 40300, Shah Alam, Selangor

Telefon: 012-604 4813

JA Auto Garage

Car Care & Air Conditioner Cenre

Car Care & Air Conditioner Centre juga merupakan salah satu bengkel pakar dengan kerja-kerja servis dan baik pulih aircond. Kualiti kerja yang memuaskan dan harga yang lebih murah berbanding dengan kedua-dua Azbi Centre Shah Alam dan JA Auto Garage. Mereka juga menerima kerja-kerja baik pulih kenderaan tidak kira jenama dan buatan. Sila datang awal jika anda merancang untuk menghantar kereta di sini memandangkan bengkel ini kerap dipenuhi oleh ramai pelanggan pada waktu puncak.

Alamat: No. 64, Lot 720, Jalan Sungai Rasah, Padang Jawa, 41300 Shah Alam, Selangor

Telefon: 012-385 9663

Car Care & Air Conditioner Centre

Win Huat Automotive Painting Centre

Bengkel ini merupakan bengkel pakar dalam bidang ketuk dan cat kereta. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan berbanding dengan bengkel-bengkel lain di Shah Alam ini. Sila rancang jadual anda dan datang awal pagi bagi mengelakkan kesesakan memandangkan bengkel ini sentiasa dipenuhi oleh pelanggan.

Alamat: Jalan Sungai Rasau 26, Rimba Jaya, 41300 Shah Alam, Selangor

Telefon: 019-341 9298

Win Huat Automotive Painting Centre

Oscar Tyre Sdn. Bhd.

Warga Shah Alam mesti kenal dengan kedai tayar Oscar Tyre Sdn. Bhd. ini. Kedai yang sentiasa dipenuhi oleh pelanggan tidak kira masa dari pagi hingga ke petang. Ramai pelanggan-pelanggan dari luar Selangor sanggup datang ke kedai ini semata-mata untuk menukar tayar kerana harga yang sangat murah dan jauh berbeza berbanding kedai-kedai tayar yang lain. Anda amat disarankan merancang jadual anda sebelum datang ke kedai tayar ini.

Alamat: 1, Jalan B 34/B, Taman Perindustrian Bukit Kemuning, 40470 Shah Alam, Selangor

Telefon: 012-232 3210

Oscar Tyre Sdn. Bhd.

Bagi sesiapa yang mengalami masalah kerosakan kereta atau kereta yang sedang dibaik pulih melalui tuntutan insuran yang memerlukan kereta sewa di sekitar Selangor terutama Shah Alam dan Klang, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kami Sf Car Rental Agency.

Lokasi kami di Shah Alam Seksyen 7. Maklumat lanjut mengenai syarikat dan perkhidmatan yang disediakan boleh layari laman web kami Kereta Sewa Murah Shah Alam. Pihak kami berharap segala maklumat-maklumat yang diberikan di atas dapat membantu anda dalam memilih bengkel-bengkel yang terbaik untuk servis dan baik pulih kereta anda.

Kereta Sewa Shah Alam – Sf Car Rental Agency

Alamat: Jalan Kristal Tiga 7/76c, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 017-244 9251

Recent Posts