F.A.Q

Soalan Lazim/F.A.Q

Q: Ada apa-apa syarat atau had umur ke nak sewa kereta dengan SF CAR RENTAL AGENCY?
A: Minimum 21 tahun dan memiliki lesen memandu yang sah. Lesen Percubaan (P) tidak diterima.

Q: Boleh atau tidak menyewa kereta tanpa lesen?
A: Tak boleh. Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Q: Apakah dokumen yang diperlukan untuk menyewa kereta?
A: Kad pengenalan, Lesen Memandu Kelas D yang sah terkini & Bil Utiliti terkini tempat tinggal. Kad Pelajar bagi pelajar institusi pengajian tinggi. Bagi sesetengah kes, kami berhak meminta dokumen tambahan.

Q: Boleh sewa dua tiga jam atau separuh hari?
A: Minimum sewaan adalah sehari bagi kegunaan sekitar Lembah Klang. Minimum sewa adalah dua(2) hari untuk merentas negeri.

Q: Kami student, ada ‘harga student’ tak?
A: Tiada.

Q: Duit sewa kena bayar sebelum atau selepas guna kereta? Kalau sewa terma bulanan boleh bayar ansuran?
A: Bayaran penuh perlu dijelaskan sebelum atau semasa kereta diserahkan kepada anda. Tiada terma bayaran secara ansuran ditawarkan.

Q: Ada deposit tak? Kalau ada, berapa lama dapat balik?
A: Setiap tempahan slot kereta sewa perlu disertakan deposit sekuriti berjumlah RM 100.00. Deposit ini akan dipulangkan sepenuhnya selepas empat(4) hari dari tarikh pelanggan memulangkan kereta. Proses ‘refund’ deposit berjalan setiap hari bermula jam 10.00pm sehingga 11:59pm.

Q: Saya dah isi ‘Booking Form’ dan dah hantar gambar dokumen-dokumen yang diminta, tapi belum bayar deposit, tempahan tu dikira sah atau tidak?
A: Tidak. Terdapat 3 prosedur utama tempahan kereta sewa di SF CAR RENTAL AGENCY, yang biasanya hanya mengambil masa dalam lingkungan 15 minit. Pertama anda perlu lengkapkan borang tempahan yang kami hantar di Whatsapp anda. Kedua, hantar gambar dokumen diperlukan dan ketiga, selesaikan bayaran deposit dalam masa 1 jam selepas dokumen anda disahkan. Jika tiada maklum balas dari pihak anda dalam tempoh ini, slot tersebut akan dibuka kembali untuk pelanggan yang berminat.

Q: Saya nak bayar deposit masa ambik kereta. Boleh ke?
A: Tak boleh. Deposit RM 100.00 perlu dibayar terlebih dahulu untuk ‘reservation’ kereta. Kami hanya menerima bayaran secara ‘instant transfer’ dan ‘cash deposit’ sahaja. Bayaran sewa kereta boleh dibayar semasa kereta diserahkan kepada anda secara tunai atau ‘online transfer’.

Q: Kalau saya nak ‘cancel’ tempahan kereta sewa deposit dapat balik tak?
A: Deposit tempahan tidak akan dikembalikan jika penyewa membatalkan tempahan selepas slot disahkan.

Q: Andaikata saya nak tambah masa sewaan, macamana prosedurnya?
A: Untuk tambahan masa sewa, sila maklumkan kepada pihak SF CAR RENTAL AGENCY terlebih dahulu sebelum sewaan semasa tamat untuk semakan kekosongan slot. Jika slot masih sesuai, anda boleh menambah sewaan kereta secara harian sahaja. Bayaran tambah masa perlu diselesaikan sebelum tamat sewaan asal. Jika kereta tersebut sudah mempunyai tempahan lain, anda perlu memulangkan kereta mengikut slot sewaan asal. Bagaimanapun kami akan menawarkan model-model lain kepada anda yang ingin membuat sambungan sewa jika masih ada kekosongan slot.

Q: Saya nak sewa kereta dengan SF CAR RENTAL AGENCY di cawangan Shah Alam, tapi boleh ke pulang kereta di tempat lain?
A: Tak boleh.

Q: Macamana dengan petrol? Dapat full tank ke?
A: Anda akan dibekalkan dengan petrol dengan kapasiti yang bersuaian, biasanya 2-3 bar. Anda perlu kembalikan kereta yang anda sewa dengan kapasiti petrol yang sama. Caj akan dikenakan jika anda memulangkan kereta dengan kapasiti berkurangan berbanding semasa anda menerima kereta.

Q: Ada diskaun tak kalau sewa kereta lebih dari sehari?
A: Anda boleh menikmati kadar diskaun kereta sewa dengan menyewa minimum 4 hari dan ke atas, pakej mingguan, bulanan dan kontrak tahunan sahaja.

Q: Kalau sewa ‘long term’, maintenance kereta macamana?
A: Semua hal berkaitan penyelenggaraan berkala (i.e minyak hitam, bateri, brake pad etc..) adalah dibawah tanggungjawab syarikat. Anda akan dibekalkan dengan kereta ganti sementara semasa proses maintenance kereta dibuat.

Q: Perlu ke saya cuci kereta sebelum pulangkan?
A: Perlu. Kebersihan kereta mesti sama seperti anda menerima kereta.

Q: Boleh hisap rokok tak dalam kereta?
A: Tak boleh. Bagi menghormati pelanggan yang tidak merokok dan mengekalkan kondisi kereta yang bersih. Caj RM40.00 akan dikenakan jika kereta berbau rokok, durian etc.

Q: Bagaimana jika ada saman (PDRM/JPJ/Parking) semasa saya guna kereta sewa?
A: Deposit anda akan digunakan untuk membayar saman tersebut. Jika tidak mencukupi, kami berhak membuat tuntutan ke atas penyewa sehingga saman selesai.

Q: Saya nak ‘kawtim/beli resit kereta sewa untuk tuntutan dengan syarikat insuran. Boleh ke?
A: Tak boleh. Resit rasmi akan dikeluarkan untuk pelanggan kami sahaja atas permintaan pelanggan.

Q: Saya ada terlanggar sikit masa nak parking. Bumper ada calar/kemek/pecah. Kira macam mana ya?
A: Bagi kerosakan dalam kategori kecuaian (negligence), setiap kerosakan kecil seperti calar, kemek biasa, atau kategori contigency seperti tayar pancit/pecah langgar ‘pothole’, cermin kena batu/crack, kos baik pulih ditanggung sepenuhnya oleh penyewa. Anda dinasihatkan untuk memberikan kerjasama dalam perbincangan kaedah bayaran ganti rugi yang sesuai. Proses pembaikan hanya dilakukan di bengkel panel kami untuk menjamin harga yang rendah, ‘downtime’ yang minimum dan kualiti pembaikan yang mencapai standard.

Q: Kalau terlibat kemalangan dengan pihak ketiga, macamana nak settle?
A: Bagi kemalangan melibatkan pihak ketiga yang memerlukan laporan polis dibuat untuk tuntutan, pihak SF CAR RENTAL AGENCY akan bekerjasama dengan anda. Bagi kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian anda sendiri, walaupun kos baik pulih ditanggung oleh pihak takaful, ganti rugi yang perlu anda bayar adalah termasuk saman dari pihak berkuasa (jika ada), dan jumlah Non Claimant Discount (NCD) semasa kenderaan yang terlibat, dan tuntutan ini akan diperincikan oleh pihak SF CAR RENTAL AGENCY untuk kefahaman anda.