Senarai Hotel Terbaik & Murah Di Shah Alam
Selain Pulau Pinang dan Melaka, Shah Alam juga merupakan salah satu destinasi percutian yang terkenal di Semenanjung Malaysia ini. Di Shah Alam, terdapat banyak lokasi menarik yang boleh dikunjungi dan kedai-kedai makan viral yang menarik boleh dicuba.
Bukan itu sahaja, tarikan lain seperti taman-taman tema, laman seni, pusat membeli-belah, tarikan alam semula jadi dan banyak lagi yang mampu menceriakan percutian menjadikan ia sebuah destinasi yang sempurna.
Oleh yang demikian banyak terdapat hotel-hotel penginapan yang boleh ditemui di Shah Alam. Namun begitu, admin hanya akan menyenaraikan hotel dengan harga murah dan berpatutan disamping lokasi hotel yang strategik sahaja di dalam artikel ini.
Sebelum terlupa, kepada anda yang bercuti di Shah Alam yang ingin mencari perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam boleh hubungi kami syarikat Sf Car Rental Agency. Boleh layari laman web kami Sewa Kereta Shah Alam oleh Sf Car Rental Agency. Harga yang ditawarkan dijamin murah dan berpatutan. Lebih diskaun untuk sewaan lama. Sila klik gambar dibawah sama ada anda ingin whatsapp atau direct call dengan pihak kami.
Kereta Sewa Shah Alam – Sf Car Rental Agency
Alamat: Jalan Kristal Tiga 7/76c, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 017-244 9251
Ok tanpa membuang masa admin akan teruskan dengan senarai-senarai hotel yang murah dan terbaik di Shah Alam ini.
______________________________________________________________________________
1. Acapella Suite Hotel
Hotel ini menawarkan pelbagai jenis bilik yang sesuai untuk keluarga namun jika anda tidak kisah untuk mengeluarkan bajet yang lebih apa kata kalau anda mencuba penginapan suite keluarga 2 biliknya yang lengkap dengan ruang tamu, tab mandian dan dapur yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Kesemua bilik di hotel ini dhias dengan elegan dan cukup luas untuk anda sekeluarga bersantai. Tak cukup dengan itu, Accapella Suite Hotel juga mampu memukau anda untuk datang kembali setelah mencuba pelbagai fasiliti lain yang disediakan hotel seperti kolam renang yang dibuka sehingga lewat malam dan pusat kecergasannya yang agak lengkap.
Harga: Dari RM170+ Semalaman
Alamat: No. 8, Persiaran Sukan, 40100 Shah Alam
2. Lawang Suite
Lawang Suite yang terletak di Vista Alam menawarkan penginapan jenis apartment dengan konsep pelbagai, dari apartment studio yang sesuai untuk anda yang travel berdua atau solo hinggalah ke apartment yang luas dengan 3 buah bilik tidur yang sesuai untuk seisi keluarga.
Pilih sahaja mana-mana yang sesuai dengan keperluan penginapan anda. Kesemua penginapan ini dihias dengan menarik, lengkap dengan segala kemudahan penting dan cukup terjaga kebersihannya. Di samping itu, pemandangan yang dapat dilihat dari apartment juga begitu cantik dan mempesonakan.
Harga: Dari RM90+ Semalaman
Alamat: SA1-01-16 Vista Alam, No. 3, Presint4.5, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, 40000 Shah Alam
3. Sri Alam Condo Homestay
Sri Alam Condo Homestay adalah sebuah penginapan yang berkonsepkan homestay. Homestay ini cukup lengkap dengan segala kemudahan, dari dapur yang lengkap hinggalah ke perabot-perabot yang dapat memberikan keselesaan dari setiap sudut. Penginapan ini cukup sesuai bagi anda yang bercuti bersama keluarga yang ramai.
Keselesaannya tidak terhenti di sini kerana akses internet yang ditawarkan cukup laju dan pantas. Sudah puas bersantai di dalam kondo yang selesa dan cantik ini, anda juga boleh memanjakan diri dan anak-anak di kolam renang yang terdapat di Ground Floor kondo ini. Pasti anak-anak anda tentu suka.
Harga: Dari RM200+ Semalaman
Alamat: Sri Alam Condo, Jalan Kelab Golf 13/1, Section 13, 40100 Shah Alam
4. Minimalist Studio
Terletak betul-betul bersebelahan dengan Setia City Mall, tiada lagi penginapan yang lebih strategik dan semurah Minimalist Studio. Studio ini disimbahi dengan cahaya lembut, sesuai untuk anda yang mendambakan penginapan dengan atmosfera yang menenangkan.
Selain itu, jika anda terbayangkan sebuah percutian yang padat dengan pelbagai aktiviti menarik seperti bermain bowling, menonton wayang, karaoke dan bermacam lagi, semuanya boleh dilakukan di Setia City Mall. Tidak jauh dari penginapan studio ini juga terletaknya Setia City Convention Centre yang tidak pernah sunyi daripada pelbagai jenis ekspo dan pameran yang menarik.
Harga: Dari RM130+ Semalaman
Alamat: Jalan Setia Dagang AH U13/AH A21-12, Trefoil Setia Alam, 40170 Shah Alam
5. Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bukan mudah untuk mencari penginapan yang memberi layanan istimewa kepada wanita. Bagaimana istimewanya? Kalau anda nak tahu, Grand BlueWave Hotel Shah Alam meyediakan aras khas hanya untuk wanita. Tak perlulah wanita yang menginap berseorangan risau lagi ya.
Di samping itu, hotel ini turut memiliki banyak fasiliti menarik yang dapat membuatkan hari-hari anda di sini penuh dengan pelbagai aktiviti seperti spa, kolam renang dan pusat kecergasan. Selain itu, sudah semestinya penting bagi anda yang menginap untuk mendapatkan pemandangan yang indah bukan? Dari bilik-bilik yang ditawarkan di hotel ini, anda dapat menikmati pemandangan Masjid Biru ataupun cahaya malam sekitar bandaraya Shah Alam.
Harga: Dari RM218+ Semalaman
Alamat: Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam
6. Hotel De Art Seksyen 7
Jika anda inginkan sebuah penginapan yang unik dan menarik, jadikanlah Hotel de Art @ Section 7 salah satu pilihan. Setiap bilik di hotel ini membawa tema yang berbeza-beza, namun begitu kesemuanya memiliki daya tarikan yang tersendiri. Perbezaan dapat dilihat daripada lukisan perkampungan, lautan, pokok-pokok sakura, bunga-bungaan dan banyak lagi. Semuanya dihasilkan dengan penuh teliti supaya mampu memukau mata yang memandang.
Harga: Dari RM126+ Semalaman
Alamat: 3, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7,, 40000 Shah Alam
7. KYUDEN Studio 14 Homestay
Terletak hanya 600 meter dari Shah Alam Convention Center, KYUDEN Studio 14 Homestay menawarkan penginapan dengan hiasan dalaman yang ceria dan moden. Ruang bilik homestay ini juga cukup luas bagi anda yang bercuti bersama keluarga. Kemudahan lain yang terdapat di Studio 14 adalah kolam renang dan taman permainan kanak-kanak.
Harga: Dari RM170+ Semalaman
Alamat: Persiaran Perbandaran Seksyen 14 Studio Fourteen Unit 7-3A, 40000 Shah Alam
8. D’Metro Hotel
Lokasi yang strategik di Seksyen 7 Shah Alam berhampiran dengan pelbagai restoran-restoran, dekorasi yang memukau, wifi yang pantas, bilik dan tandas yang luas dan pemandangan persekitaran yang menarik. Semua ini dapat anda nikmati dari harga RM80.
Harga: Dari RM80+ Semalaman
Alamat: No.10, Jln Nelayan D 19/D, Seksyen 19, , 40300 Shah Alam
9. Best Western I-City Shah Alam
Terletak di tengah-tengah I-City Shah Alam, Best Western i-City adalah penginapan yang terbaik bagi anda yang ingin menikmati tarikan utama di Shah Alam ini. Kerana itu juga, pemandangan yang dihidangkan dari hotel ini memang best terutama sekali di waktu malam.
Harga: Dari RM148+ Semalaman
Alamat: A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia, CityPark, i-City,, 40000 Shah Alam
10. Nexus Business Suite Hotel
Nexus Business Suite Hotel adalah sebuah penginapan dengan bilik yang luas seperti sebuah apartment, katilnya juga empuk membuatkan anda terasa seperti terapung di awangan. Rekaan dalamannya pula sangat moden dan sejuk mata dipandang. Di samping itu, tahap privasi yang ditawarkan bilik-bilik di sini juga sangat memuaskan hati. Tidak kisahlah sama ada anda menginap di sini hanya untuk mendapatkan tidur yang lena atau ingin menghabiskan bacaan novel yang telah lama ditunda dengan tenang, Nexus Business Suite Hotel adalah pilihan hotel yang tepat.
Harga: Dari RM182+ Semalaman
Alamat: Lot 1, Jalan Perimbun, Section 27/11, Shah Alam, 40400 Shah Alam
11. Shah Suites Vista Alam
Shah Suites Vista Alam menawarkan pelbagai jenis penginapan iaitu bilik hotel, apartment 1 bilik, apartment 2 bilik dan apartment 3 bilik. Walau yang manapun menjadi pilihan anda, penginapan anda di sini akan disambut dengan wangian aromaterapi yang menyegarkan. Sambil ditemani bau yang harum, anda dapat merehatkan mata dengan melihat panorama indah yang disajikan dari bilik.
Fasiliti lain yang dapat dinikmati disini adalah 2 buah kolam renang. Lokasinya pula terletak berdekatan dengan banyak restoran menarik untuk mengenyangkan perut anda setelah puas makan angin di sekitar bandaraya indah ini.
Harga: Dari RM118+ Semalaman
Alamat: S2-6-2, Vista Alam Serviced Apartment, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, 40000 Shah Alam
12. Hotel 99 Kota Kemuning
Hotel 99 Kota Kemuning adalah sebuah penginapan dengan atmosfera yang menenangkan. Hotel bajet yang selesa dan lengkap dengan segala kemudahan penting. Penggunaan pelbagai tona kelabu menjadikan suasana hotel kelihatan moden. Lokasinya pula, terletak hanya 5 minit berjalan kaki ke Kota Kemuning Lakeside Park.
Harga: Dari RM104+ Semalaman
Alamat: No.10-G,Jalan Anggeril Vanilla S31/S,Seksyen 31,40460 Shah Alam,Selangor Kota Kemuning
13. Nest Stay @ I-City
Nest Stay @ I-City adalah penginapan apartment dengan 2 bilik dan sebuah ruang tamu yang dapat menampung sekitar 5 orang penginap. Setiap ruang di dalam apartment ini dihias dengan kreatif menggunakan warna hitam dan putih yang mewujudkan aura moden. Dari apartment, anda dapat melihat pemandangan kolam renang dan bandar Shah Alam. Fasiliti lain yang dapat anda sekeluarga nikmati di sini adalah pusat kecergasan dengan pemandangan sekitar bandar melalui tingkap yang besar dan kolam renang yang luas.
Harga: Dari RM200+ Semalaman
Alamat: Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, 40200 Shah Alam
14. I-City Designer Studio By HostAssist
Penginapan jenis apartment yang bertema? Jarang didengar, namun di i-City Designer Studio by HostAssist anda dapat memilih tema apartment yang menjadi idaman hati. Antara tema yang ditawarkan adalah Studio Suite with Taste of Paris, Studio Suite with Taste of London, Studio Suite with Star Wars Theme dan Studio Suite with Taste of New York. Kemudahan lain yang disediakan adalah kolam renang dan juga sauna.
Harga: Dari RM128+ Semalaman
Alamat: I-Soho, I-City, 40000 Shah Alam
15. Hotel De Art @ I-City
Hotel de Art ini banyak sekali cawangannya di sekitar Shah Alam, tak kisahlah dimanapun anda menginap, kesemua Hotel de Art memberikan anda pengalaman penginapan yang pasti sukar dilupakan. Setiap bilik di Hotel de Art ibarat kanvas lukisan yang diberikan sentuhan seni yang berbeza dari satu sama lain.
Kalau anda nak tahu, bilik-bilik di hotel ini telah dihias moden dengan sentuhan daripada pelukis yang datang dari pelbagai latar belakang sama ada daripada mereka yang terlibat dalam seni halus mahupun rekabentuk grafik.
Harga: Dari RM83+ Semalaman
Alamat: No.19 Jalan Keluli 7/110, Section 7, 40000 Shah Alam
16. Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie
Siapa sangka sebuah hotel yang terletak di tengah kota dengan harga yang murah dapat menawarkan pemandangan penuh kehijauan yang menenangkan jiwa? Dari bilik-bilik di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie ini anda sekeluarga dapat menikmati kehijauan rumput dari padang golf bertaraf dunia yang terbentang luas di hadapan.
Harga: Dari RM234+ Semalaman
Alamat: Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, 40250 Shah Alam
17. Felora Suite @ Trefoil
Felora Suite @ Trefoil adalah sebuah penginapan dengan konsep yang moden. Cukup terserlah dari corak yang digunakan pada dinding, bagi anda yang ingin lari dari kebosanan menginap di bilik-bilik hotel yang kurang sentuhan kreatif, Felora Suite @ Trefoil dapat mengubati jiwa artistik anda. Selain memiliki dekorasi dalaman yang moden, penginapan ini turut menyediakan kemudahan tab mandian dan ruang balkoni untuk menikmati pemandangan.
Harga: Dari RM158+ Semalaman
Alamat: Jalan Setia Dagang AH U13/AH A-28-8, 40170 Shah Alam
18. Hotel De Art @ Seksyen 19
Dari namanya, pasti anda sudah terbayangkan betapa artistiknya hotel ini. Hotel de Art yang terletak di seksyen 19 ini mampu membuatkan anda tenggelam di dalam dunia hasil karya yang dipamerkan yang terserlah dari luar hotel lagi. Sebaik melangkah masuk ke dalam hotel, anda akan disambut dengan perabot-perabot elegan dan lukisan di dinding yang bertemakan Paris. Dimana sahaja anda berada di dalam hotel ini, terasa seperti berjalan-jalan di dalam galeri seni.
Harga: Dari RM118+ Semalaman
Alamat: No. 2 Jalan Nelayan D 19/D, Section 19, 40300 Shah Alam
19. Laman Green The Boutique Hotel
Siapa kata dunia futuristik dan alam semula jadi tidak boleh bersatu? Bukan segalanya besi dan aluminium, Laman Green The Boutique Hotel menggabungkan kedua-duanya di dalam sentuhan dalamannya. Ini dapat dilihat dari ruang lobinya yang dikelilingi dengan rumput dari dinding ke siling serta potongan kayu sebagai latar belakang kaunter. Lain dari yang lain, inilah yang membuatkan penginapan anda di sini terasa lebih bermakna.
Harga: Dari RM90+ Semalaman
Alamat: 8 & 10, Jalan Renang 13/26, 40100 Shah Alam
20. Concorde Hotel Shah Alam
Bagi peminat filem komedi Melayu, mesti lebih familiar dengan sebutan hotel ini yang dipanggil ‘cong codei’ oleh watak utama di dalam telemovie Pok Ya Cong Codei. Hotel yang sebenarnya adalah Concorde Hotel, Shah Alam ini walaupun dijadikan bahan jenaka sebenarnya adalah sebuah hotel yang agak mewah dengan servis yang begitu sempurna.
Memiliki fasiliti lengkap dengan kemudahan seperti kolam renang, spa, sauna pusat kecergasan, khidmat shuttle percuma dan banyak lagi, hotel ini sesuai bagi anda yang mengidamkan percutian yang terasa mewah walaupun menawarkan harga yang masih di dalam lingkungan hotel bajet.
Harga: Dari RM240+ Semalaman
Alamat: 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam
______________________________________________________________________________
Anda boleh layari laman web Trivago untuk urusan tempahan penginapan seperti di atas dengan cepat dan pantas. Sudah jumpa penginapan yang menarik? Apa kata kalau anda rancang pula aktiviti anda di Shah Alam dengan membaca artikel kami berkaitan tempat menarik di Shah Alam. Admin berharap artikel ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam pemilihan tempat penginapan di Shah Alam apabila anda merancang untuk bercuti di Shah Alam ini nanti.