Tempat-Tempat Menarik Di Shah Alam


Senarai Tempat Menarik Di Shah Alam

Pengenalan

Shah Alam merupakan sebuah bandaraya yang pesat membangun. Namun begitu, Shah Alam juga terdapat beberapa lokasi yang menarik untuk dikunjungi khususnya kepada warga Shah Alam dan Selangor sendiri mahupun kepada pengunjung-pengunjung dari luar Selangor.

Lokasi Menarik Sekitar Shah Alam

1. I-City Shah Alam

Sebut I-City Shah Alam sudah pasti kebanyakan warga Shah Alam dan Selangor mengenali lokasi ini. Lagi-lagi dengan wujudnya shopping complex baru Central I-City yang siap dan baru dilancarkan pada awal tahun 2019 ini. Central I-City menjadi tumpuan segenap pelosok warga Shah Alam dan Selangor untuk membeli-belah kerana kelengkapan kedai membeli-belah dengan bermacam-macam jenama barangan dan restoran yang terdapat disini. Selain itu, Central I-City juga terdapat salah satunya panggung wayang di Shah Alam ini – TGV Cental I-City.

Alamat: I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

I-City Shah Alam

2. Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam

Merupakan salah satu lokasi menarik tempat tumpuan pengunjung-pengunjung sekitar Shah Alam. Banyak gambar-gambar menarik dan yang pelik-pelik boleh didapati di sini. Kebanyakan pengunjung yang datang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan gambar-gambar di sini.

Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam

3. Tasik Shah Alam Seksyen 14

Merupakan tempat istirehat dan kawasan riadah bagi warga Shah Alam. Kebanyakan pengunjung datang ke sini untuk tujuan meluangkan masa bersama keluarga disamping membawa anak-anak bermain di playground yang disediakan di sekitar Tasik Shah Alam Seksyen 14 ini. Pihak Pengurusan Tasik Shah Alam Seksyen 14 juga ada menyediakan sewaan kayak kepada pengunjung-pengunjung yang berminat melakukan aktiviti kayak.

Alamat: Pesiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Taman Tasik Shah Alam Seksyen 2

4. Masjid Negeri

Salah satu tempat tumpuan pengunjung terutama bagi pengunjung dari luar Selangor. Anda berpeluang melihat keunikan dan kecantikan rekaan binaan Masjid Negeri ini dengan lebih dekat disamping bergambar disekitar kawasan masjid yang cantik terjaga rapi.

Alamat: Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Masjid Negeri

5. Taman Tema Wet World Shah Alam

Juga terletak di Seksyen 2 Shah Alam bersebelahan Taman Tasik Shah Alam. Taman Tema Shah Alam ini baru dibuka pada hujung tahun lepas setelah ditutup pada awal tahun 2018 untuk tujuan renovation dan upgrade. Banyak tambahan permainan dan gelongsor-gelongsor baru yang lebih mencabar dibina berbanding sebelum ini.

Alamat: Taman Tema Air Wet World, No. 3A, Persiaran Dato’ Menteri, Sek.14, 40000 Shah Alam, Selangor

Wet World Shah Alam

6. Taman Botani Negara Bukit Cerakah Seksyen 8

Satu kawasan hutan hijau yang mendamaikan buat warga kota. Tanpa perlu pergi jauh ke pelusuk belantara. Jika anda menginap di hotel di sekitar Shah Alam yang berhampiran seperti Hotel Concorde & Grand Blue Wave, taman ini sangat hampir dengan hotel-hotel berkenaan.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini. Antaranya adalah:

  1. Berbasikal mengelilingi taman
  2. Melawati Taman Haiwan
  3. Bergambar di sekitar taman yang dikelilingi lanskap yang cantik
  4. Melawati rumah beriklim 4 musim
  5. Melawati Taman Rempah Ratus & Minuman
  6. Melawati Taman Kaktus
  7. Melawati Taman Buah Buahan Tropika
  8. Melawati Taman Padi
  9. Melawati Lama Konservasi Tanaman Herba & Ubatan

Alamat: Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam

Taman Botani Negara Bukit Cerakah

7. Uptown Shah Alam Seksyen 24

Boleh dikatakan setiap malam Uptown Shah Alam yang terletak di Seksyen 24 ini penuh dikunjungi oleh orang ramai terutama pada malam minggu dan semasa berdekatan musim perayaan. Banyak produk dan barang yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Bagi yang ingin datang ke Uptown Shah Alam sila datang seawal 8pm bagi mengelakkan kesesakan dan kesulitan untuk mendapatkan parkir kereta terutama pada malam minggu dan semasa berdekatan musim perayaan.

Alamat: Komplex Muhibbah, Persiaran Sultan, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor

Uptown Shah Alam Seksyen 24

8. Skytrex Shah Alam

Skytrex terletak 3km di dalam hutan seluas 817 ekar di Taman Botani Negara Shah Alam. Jangan hairan melihat ramai pelajar-pelajar sekolah dn kolej memenuhi kawasan ini terutama pada hujung minggu kerana di sini juga menempatkan Taman Haiwan, Taman Hiasan, Rumah Iklim Sederhana 4 Musim, Taman Rempah Ratus, Taman Kaktus, dan banyak lagi tarikan yang sesuai untuk pengujung-pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Skytrex Shah Alam ini sesuai bagi sesiapa yang menggemari aktiviti-aktiti lasak dan riadah.

Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor

Skytrex Shah Alam

9. Shah Alam Extreme Park

Shah Alam Extreme Park ini merupakan pusat sukan yang lasak terutama kepada anak-anak muda. Terletak dalam kawasan yang sama dengan Stadium Shah Alam, Stadium Malawati dan Litar Go Kart di Seksyen 13 Shah Alam. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah:

  1. Skateboard
  2. Climbing wall
  3. BMX/ Dirt Bike
  4. Paint ball
  5. Boulders park

Alamat: Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Extreme Park Shah Alam

10. Muzium Sultan Alam Shah

Muzium Sultan Alam Shah adalah muzium yang terbesar di Selangor. Ia adalah Muzium Negeri Selangor. Ia terletak di Persiaran Bandar Raya di Shah Alam. Ia terkandung dalam kompleks Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Walaupun penubuhan muzium ini bermula pada 1975, apabila Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menandatangani enakment untuk menubuhkannya, muzium ini hanya disiap dan dibuka secara rasmi pada 2hb September, 1989.

Muzium Sultan Alam Shah dibuka setiap hari kecuali Hari Isnin, dari 9:30am pagi hingga 5:30pm petang. Masuk adalah percuma. Antara bahan pameran di Muzium Sultan Alam Shah ialah sebuah replika kubur purba yang ditemui di Estet Ulu Bernam, pada bulan Februari, 1993. Juga ditemui adalah manik kaca dan batu dan juga tembikar Cina dari zaman Tang yang awal.

Alamat: Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam

Muzium Sultan Alam Shah

11. Laman Budaya Galeri Shah Alam

Laman Budaya merupakan pusat kebudayaan di mana terdapat teater, Galeri Shah Alam, muzium dan lain-lain. Bertempat di Taman Tasik Shah Alam, Laman Budaya menjadi hab dimana karya tempatan dipamerkan seperti persembahan, pertandingan, pameran dan majlis diadakan. Amat sesuai dikunjungi oleh para pencinta seni.

Alamat: Laman Budaya Shah Alam, Persiaran Tasik, 40000 Shah Alam

Laman Budaya Galeri Shah Alam

Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Shah Alam selain dari lokasi-lokasi yang tertera di atas. Jadi anda rancanglah perjalanan dengan baik supaya anda dapat melawati semua lokasi di atas terutama kepada pengunjung dari luar Selangor.

Kepada pengunjung-pengunjung luar Selangor yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa anda boleh hubungi kami Sf Car Rental Agency. Anda bole layari laman web kami Kereta Sewa Shah Alam bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat dan perkhidmatan yang disediakan. Sila buat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Kereta Sewa Shah Alam

Alamat: Jalan Kristal Tiga 7/76c, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 017-244 9251

Recent Content